Saturday, July 5, 2014

Dia Ibuku

Memang aku tak pernah nak post apa-apa kat blog, mungkin kerana masa, mungkin kerana lupa. Tapi kali ni di bulan Ramadhan , sementara nak masak untuk suami dan anak-anak ku, Faris Aiman, Farid Akmal, Fahmi Adam dan the Only princess Puteri Damia Qistina untuk berbuka puasa. Aku teringat nak type something.

Aku bukan sempurna, Allah lebih tahu dan orang-orang yang rapat dengan ku juga tahu. Tetapi yang orang tak tahu,,Allah lebih tahu, aku sayangkan sangat ibuku. Walau macamana buruknya sikap, walaupun tidak ada kesempurnaan di mata manusia, tapi aku sayang kan ibu ku, the only ibuku di  dunia dan akhirat. Sebab itulah jua..aku tak kisah apa yang ibuku minta padaku...InsyaAllah aku akan usahakan.  

Dulu, semua berjanji nak jaga ibu , nak bela ibu, bila masing-masing ada commitment keluarga..kita lupa ibu. Kita lupa hasrat kita semasa kecil, kita malu pada kawan-kawan kita..malu pada kawan-kawan anak kita, kerana tak kesempurnaan ibu. MasyaAllah, kenapa sampai terfikir begitu??

Aku juga seorang ibu, hasrat kita pada anak-anak. Alhamdulillah, Allah merahmati , aku punya suami yang amat penyayang yang amat memahami, tak menghalang aku berlebihan pada ibuku. Dan masa yang sama aku tak pernah abaikan ibu mertuaku, yang seperti ibuku jua.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku hati yang lembut terhadap ibuku, kerana hidupnya tak pernah mudah semasa kami kecil lagi. Alhamdullilah aku lahir dari rahim ibuku, Ya Allah kau rahmatilah , berkatilah hidup  ibuku, ampunilah dosa ibuku Ya Allah. Kuatkanlah , tabahkanlah hatinya Ya Allah. Kau kurniakanlah Ya Allah, sehingga akhir hayatnya kerahmatan yang berpanjangan, ibu yang solehah, ibu yang sentiasa ada di hati kami ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Amin Ya Robb.